Friday, July 29, 2011

Bulan 7

Assalamualaikum bloggers,dah lama tak update blog,rindu rasanya,almaklumlah,saya ni busy orangnya..Oke,apa yang nk diceritakan pasal bulan 7 ni saya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di sekolah..Di mana cikgu-cikgu di sekolah memerlukan khidmat kerja dari saya..Ikuti laporan selanjutnya dari saya..chow (^_^)

Tuesday, June 28, 2011

FEELINGS



Sometimes we are not aware
that we have hurt people's hearts
Because human feelings are difficult to predict

Monday, June 27, 2011

SPITE AND ENVY

envy is a dangerous virus

that can damage the human soul


why do people today like to

down others to

satisfying and fulfilling their desires?


but they are not aware,

the more they try to bring down

their victims, the stronger the

their victims fight


SOMETIMES WE FORGET WHO WE ARE "SO"

Tuesday, June 21, 2011

Dugaannya

Hari selasa bersamaan 21.06.2011,tarikh yang aku ditimpa malang..bala-bala..haha..ceritanya begini,aku sampai sekolah ngam-ngam sebelum bunyi loceng,rasa bangga sgt..haha..mana taknya sbb aku ni antara pelajar2 feveret yang selalu dtg lewat..bila dah tak lewat maknanya terlepas lah dari buat kerja kebajikan masyarakat..haha kena denda kutip smpah dkt kawasan sekolah..member2 dok puji2 aku sbb dtg awal..haha malu..awwww..ah menyampah gedik..pastu perhimpunan pun mula mcm biasa,kena nyanyi lagu Negaraku,Maju dan Sejahtera,cikgu bagi pengumuman,pastu ucapan umum dari pelajar..masa ucapan umum pelajar tulah nasib malang menimpa aku..haha..ada seorang pengawas india ni..dia ngan aku mmg tak ngam..dari awal tahun sekolah lagi dia aim aku..mcm nk tunggu je aku buat silap..lepas tu,dia usha aku punya rambut,dia mcm was-was nk tarik aku keluar dari perhimpunan..tp mmg aku admit lah rambut aku tu menyalahi peraturan sekolah..tp tak nmpak ketara sgt..lepas tu dia sodok nya rambut bahagian belakang aku ke atas,terangkat rambut aku dibuatnya..kantoi buat rambut gantung..lpas tu dia tarik aku keluar..aku berbulu je..tp nk wat mcm mana mmg salah aku kan..lepas habis je perhimpunan,student2 dibawa ke bilik disiplin utk menerima hadiah..seperti yang dijangka satu sebatan padu hinggap di pinggul aku..zaass!!!perghh..nikmat dia wa cakap lu,sebulan aku berak berdiri..pedih beb..yang rotan aku tu cikgu yang ajar aku main sofbol..mmg kena lah aku,baru aku ada akai..haha,lpas dah kena rotan tu aku balik la kelas..masa tu kelas kimia,aku pun pergi lah makmal..lpas tu cikgu aku pun tanya "siapa yang tak siapkan pembetulan kertas exam yang saya suruh buat hari tu berdiri??.."aku dgn konfident level yang tinggi pun berdiri..mana taknya,exam hari tu aku tak ambil,so aku takdalah kertas soalan dgn jawapan,tp aku buat releks je control macho..haha..tngh dok control macho tu dia suruh pulak siapa yang tak buat kerja tu pegi bilik disiplin menghadap cikgu disiplin..aku dah mcm,hah!! err!! ishh!! adoi!! alamak!!..mau taknya,tak smpai 10 minit pun aku ada dlm kelas kena lagi menghadap bilik disiplin..aku dgn muka tak bersalah jalan pegi bilik disiplin,menghadap cikgu,mcm2 soalan yang ditanya,mengapa,kenapa,pasai pa,awat nya tak buat kerja..aku bagi taulah alasan aku tu walaupun aku tahu lpas ni kena jugak habuan dia..lpas tu cikgu disiplin aku tu buat ceramah..aku dgr jelah..owh ye,cikgu disiplin kitorang ada ramai,tp ni kira leader and pailang la..taiko..lpas dah habis ceramah tu,dia pun suruh aku berdiri kat satu sudut bilik tu pastu letak tangan aku kat dinging,aku dah tau dah apa yang bakal berlaku..just tunggu dan lihat,mula2 dia ambil rotan yang ada atas meja,lpas tu dia hanyun2 dulu nk ambil feel..pastu dia rasa mcm tak best,di tukar pula rotan feveret dia..mmg syok la dia..di ukur dulu kat bhagian mana yang nk kena,sekali dia dah kunci target kat mana,dgn lafaz bismillah,dia tarik tinggi lpas tu zzzzaaaaaassssss!!! owh ni lagi kaw punya dia bubuh..berasap bhai pinggul aku..gentel tak tipu..kalau tadi sebulan berak berdiri,hah ni setahun berak berdarah,aku redha je..nasib baik aku kuat,kalau tak dah lama dah aku menjerit kesakitan..lpas dah kena rotan tu dia bagi ceramah lagi,dlm kepala otak aku tak pikir apa dah,tau nk blah je dari situ,dah tu aku pun balik,masuk makmal,cikgu yg ajar kimia tu pun ckp "lain kali nk buat lagi tak?" aku senyum je..mampus tak layan..daripada layan dia baik aku layan bontot aku..pedih bhai,nk duduk tu rasa mcm ada bisul kat bontot..haha..masa kepala otak tngah tak betul tu,mcm2 aku menyumpah,tp dlm hati laa,aku ckp "dah la ajar tak best,satu benda pun aku tak paham,mmg spm nanti aku tak ambik subjek ni" dan mcm2 lagi..tak leh cerita..bergaduh besar kang...lepas 5 minit tu baru aku sedar, "lah bukan salah cikgu yang aku nk marah dia kenapa,dah salah aku,terima jelah" lpas tu cpat-cepat aku istghifar..so,the moral of the story is rajin-rajinlah buat kerja sekolah,takda alasan utk tidak buat kerja sekolah,dan kalau nk berjaya dlm hidup dan berkat ilmu yang kita belajar ni kena hormat cikgu walaupun subjek tu kita tak minat..peace yaww (^_^)

2 Weeks Holiday Over

Salam,hai blogggers..rasa tersangat lama aku meninggalkan dunia blogger nih..al-maklumlah busy je manjang.seriously busy..cuti 2 minggu lepas aku habiskan masa dgn pertandingan sofbol je..cuti minggu yang pertama ada pertandingan sofbol antara negeri-negeri (MSSM),aku ni kira wakil Wilayah Persekutuan lah..Alhamdulillah kitorang dapat no.2,hasil berkat usaha kitorang yang dah Sebulan tak masuk sekolah..Haha..agak lama kan bg org yang akan menduduki perperiksaan penting tahun ni..banyak gila subjek dan topik yg dah terlepas..sebulan ni jugaklah aku tak tahu perkembangan sekolah,kawan-kawan,family dan mcm lagi lah..cuma yang tahu sofbol,sofbol,sofbol..exam pertengahan tahun hari tu pun aku jawab 8 subjek daripada 11 subjek yang didaftar utk spm..memang giler kentanglah..menjawab dengan mak aku..cuti utk minggu yang kedua pun masih lagi dgn pertandingan sofbol jugak..tp kali ni utk peringkat SUKMA..kitorang kalah..HAHA..kerana kesuntukan masa utk training..lagi pun penat game MSSM tak habis lagi..agak kecundang disitu..tapi aku rasa puas hati jugalah game hari tu..menang kalah adat pertandingan..menang bonus..kalah cuba lagi..kan2..banyak perkara dan ilmu yang aku timba dan belajar dari mula latihan pusat sampailah game SUKMA ..pasal kerja sama,erti persahabatan (aicheh),hormat menghormati,rasa menang,rasa kalah,marah,sakit,seronok,sedih dan lain2..memang rasa seronok dapat lepak-lepak dengan senior2 kitorang..umur je dah besar tp perangai mengalahkan aku yang muda dari diorang..macam budak2..haha..Hah,nak cerita sikit pasal trajedi yang berlaku semasa SUKMA team perempuan menang lawan dengan team sarawak..ceritanya bermula begini "masa tu aku yang cute lagi comel ni jadi scorer utk team perempuan (haha,scorer tu yang tukang kira mata perlawanan la)..memang dashiat lah aku jadi scorer..takde siapa boleh challenge..haha"..okey, pasal aku tu takde kena mengena.saja nk kasi gempak cerita.haha.cerita sebenarnya macam ni "suasana gamat di padang diamond C,seperti ada pesta,mentari tegak meninggi membakar terasa panasnya,membakar lagi semangat pasukan perempuan wilayah persekutuan,bunyi jeritan sorakkan,pukulan gendang semakin kuat dapat didengari..perlawanan agak sengit ketika itu,mata bagi kumpulan perempuan wilayah adalah 10 manakala pasukan sarawak pula adalah 9..mereka harus bertahan lagi beberapa minit sebelum masa perlawanan ditamatkan..nk di pendekkan cerita,pasukan perempuan pun menang,abg pojie(choach),abg rosli(choach)dan abg boy(manager) teramatlah gembira kerana pasukan perempuan menang..dalam tengah seronok-seronok tu abg pojie dapat panggilan telefon dimana dia diberitahu bahawa anak sulungnya yang berumur 15 tahun telah mengalami kemalangan jalan raya..abg pojie,isteri dan anak2 yang lain bergegas menuju ke tempat kemalangan di selayang kawasan perumahan beliau..abg pojie sempat memberi tahu abg rosli je kot..tak lama lepas beberapa minit abg pojie pergi,abg pojie pun call abg rosli dan memberitahu bahawa anak sulungnya telah kembali ke rahmatullah..aku yang ada kat situ hanya termangu..terduduk kaku..hanya mata aku je yang melilau..aku perhatikan abg rosli,kemudian hemburan air suci keluar dari birai mata abg rosli..utk pengetahuan korang abg rosli dgn abg pojie ni mmg kawan baik sejak dorang sekolah lagi..pernah mewakili Malaysia dlm sukan sofbol sama2..mmg akrab lah..hanya kata2 semangat yang dpt abg rosli ucapkan kepada abg pojie..so,utk keluarga abg pojie,harap2 banyak bersabar dan menerima ketentuan ilahi..marilah sama kita mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah..aminnn..sebenarnya banyak lagi cerita yg nk distorykan..tp mcm dah panjang sgt je..later lah..tp kat sini aku nk sematkan memori indah ni dengan beberapa gambar..lets,check it out (^_^)

MSSMWP



SUKMA



(ada banyak gambar..tp tak larat nk upload)

Saturday, April 23, 2011

HOLLA BLOGGERS..

Hei bloggers..sebenarnya agak lama aku tak update blog aku ni..rindu gila baby nk meng-update and nak meluahkan kata-kata yg mungkin bernas dari kepala hotak aku ni..yelah selalu takda masa..sibuk menjalani kehidupan aku yang penuh dengan cabaran ni..tahun ni mungkin menjadi tahun yg mencabar bg aku..yelah this year adalah last year aku akan bersekolah..maksudnya tahun ni aku akan mengahadapi suatu peperiksaan yang besar iaitu SPM..tahun ni jugaklah last utk aku memakai uniform sekolah,memakai seluar hijau,membawa beg yang sarat dengan buku-buku ilmiah,memakai kasut putih,pakai tie biru ada lambang sekolah,belajar menghadap muka cikgu,game softball sekolah,buat persembahan dkt sekolah..banyak lagi aku nk buat utk sekolah aku..sbb aku nk jadikan tahun terakhir aku bersekolah ni menjadi tahun yang paling best dalam sejarah persekolahan aku ni..bila aku fikir balik,rasa macam sekejap sangat aku nak habis sekolah..aku nk sangat masa berjalan dengan perlahan..sekarang ni dah nk hujung bulan 4 dah..aku tak nak terlepas benda yg best berlaku kat skolah..sbb tahun nilah last aku nk tabur bakti dekat skolah..tahun last aku nk mengharumkan nama sekolah..bila pikir balik rasa mcm nak nangis je..tp aku percaya,smpai aku tua nanti pun,mulut aku akan sentiasa berceritakan tentang zaman persekolahan aku..sbb org kata zaman persekolahan ni lah zaman paling best sekali..zaman nk meningkat menjadi remaja..haha..bodoh betul..tajuk tak kena dengan isi..aku tak tahu nk letak tajuk apa..so,babai..